Wednesday, 16 May 2012

PeNiPisAn LapisAN oZOn

PENIPISAN LAPISAN OZON







Lapisan ozon merupakan gabungan tiga molekul oksigen (O3) yang padat di startosfera dan mengelilingi bumi.Ozon bertindak menapis sinaran berbahaya ultraunggu (UV) dari pancaran matahari yang sampai ke bumi.Sesungguhnya sekiranya lapisan ini tiada atau semakin menipis hidupan bumi akan terdedah kepada UV secara langsung yang akan menjejaskan serta menyebabkan kehidupan termasuklah manusia akan terancam.

Hakikatnyanya oleh kerana molekul ozon merupakan gabungan tiga unsur oksigen ini kurang stabil maka ia sangat mudah bertindak balas dengan atom halogen seperti klorin,bromine atau pun iodine.Ternyata kini lapisan ozon semakin menipis.Banyak tempat di dunia dilaporkan bahawa sinaran UV terus sampai ke bumi di dalam jumlah yang besar kerana ozon yang bocor.Sinaran UV yang berlebihan menyebabkan penyakit seperti kanser kulit,sakit mata sehingga menyebabkan buta (katarak),serta mampu memusnahkan hidupan air serta tanaman.Kesannya pasti buruk kerana rantaian makanan akan terjejas kerana tumbuhan turut musnah akibat UV yang berlebihan,Krisis makan seperti sekarang ini pasti akan lebih parah nanti,mampukah generasi akan datang menanganinya?Seharusnya kita mengambil peranan yang tersendiri di samping peranan seluruh umat manusia di seluruh dunia.

Pada tahun 80an para saintis mendapati lapisan ozon semkain menipis di kawasan Antartika (kutub selatan).Malahan lubang ozon telah dikesan sebesar Negara USA pada tahun-tahun berikut.Kesan “ozon hole” atau lubang ozon ini mampu memberi kesan buruk kepada kawasan di Negara Amerika Selatan,New Zealand,Australia dan Afrika Selatan.Manakala penipisan ozon di Kutub Utara akan memberikan kesan buruk kepada Negara Eropah,Amerika Utara dan Asia.Kecairan glasier atau ais sejak berabad lamanya di kedua-dua kutub ini akan menaikkan paras air laut.Peningkatan paras air laut mampu menenggelamkan pulau-pulau kecil serta kawasan rendah di seluruh dunia.


Baiklah para pembaca budiman sekelian,apakah yang menyebabkan lapisan ozon menjadi nipis?Ozon semakin nipis kerana terdapat bahan pemusnah ozon ( ozone depleting substances) seperti CFC (kloroflurokarbon),HCFC ( Hydrochlorofluorocarbon),halon,metilbromida serta pelart 111-TCA.Bahan-bahan ini digunakan secara meluasa di dalam kehidupan seharian kita antaranya air-con (hawa dingin kereta dan peti sejuk,aerosol ( termasuklah wangian badan serta penyembur nyamuk serta lipas),halon didalam alat pemadam api serta metilbromida yang terdapat didalam racun makhluk perosak.Jangan terkejut kerana bahan seperti CFC yang sampai kelapisan ozon akan memusnahkan lapisan ozon serta sangat stabil dan berterusan menipiskan ozon sehingga puluhan tahun.Secara tidak lansung CFC juga merupakan gas rumah hijau( yang saya akan bincangkan nanti) yang akan memerangkap haba serta menyebabkan pemanasan global.
Apakah peranan yang kita mampu lakukan untuk menyelamatkan lapisan ozon?
  • Gunakan barangan mesra ozon iaitu yang berlabel bebas CFC atau bebas ODs
  • Semasa membaiki ,menyelenggara atau melupuskan peralatan penghawa dingin bahan CFC perlu dikitar semula.
  • Penyelenggaraan pendingin udara kenderaan perlu dilakukan oleh mekanik yang bertauliah di bengkel yang mempunyai alat kitar semula CFC.
  • Jangan gunakan racun makhluk perosak yang mempunyai metilbromida
  • Didiklah anak-anak seta orang yang paling hampir dengan andatentang lapisan ozon
  • Jadilah seorang yang prihatin….ambillah bahagian didalam kempen serta aktiviti pemuliharaan alam sekitar.
 

No comments:

Post a Comment