Wednesday, 16 May 2012

PeMaNasAN gLOBaL

 
 
 

Mampukah ais di Iceland ini bertahan dengan fenomena pemanasan global.


Para saintis seluruh dunia bersetuju bahawa pemanasan bumi sejak 50 tahun yang lalu adalah disebabkan oleh aktiviti manusia dan bukan semulajadi.Sejak Revolusi Industri,aktiviti manusia seperti pembakaran minyak fosil termasuk berbilion tan karbon ( dalam bentuk karbon dioksida),gas metana dan pelbagai gas lain,penebangan hutan( penyerap karbon dioksida) untuk pertanian dan pembandaran serta pentempatan telah menyebabkan kesan rumah hijau.Gas karbon dioksida bagaikan satu selimut besar yang membalut bumi,memerangkap haba dari sinaran matahari,penyebabkan peningkatan suhu di muka bumi hingga menyebabkan perubahan iklim berlaku.


Perubahan purata suhu global yang kecil akan menyebabkan perubahan iklim yang ketara.Ini boleh dijelaskan dengan membandingkan purata suhu global dengan zaman ais dengan purata suhu global pada hari ini.Dengan menggunakan 100 tahun data iklim,komputer berupaya memberikan gambaran bahawa kebanyakan kawasan akan menjadi lebih panas.


Sebelum aktiviti manusia mula meningkatkan paras karbon dioksida pada atmosfera secara mendadak,jumlah pelepasan karbon dioksida secara semulajadi adalah berkait rapat dengan jumlah serapan karbon dioksida melalui proses semulajadi.Namun begitu semua telah berubah sejak Revolusi Industri bila manusia mula melepaskan karbon dioksida dua kali lebih banyak daripada yang diserap oleh laut(plakton,menyerap karbon dioksida seperti hutan ) dan hutan semulajadi.ini menyebabkan paras karbon dioksida jauh lebih tinggi berbanding dengan 420,000 tahun yang lalu.


Walaupun karbon dioksida dapat mempercepatkan kadar pertumbuhan tumbuhan dalam keadaan tertentu,namun perubahan iklim yang disebabkan oleh karbon dioksida juga akan melambatkan kadar pertumbuhan tumbuhan di banyak tempat yang menghadapi kemarau,banjir dan gelombang panas (heat waves)


Iklim dan cuaca adalah berbeza.Cuaca hanya merujuk kepada suhu,hujan dan ribut pada suatu hari dalam tempat tertentu sahaja.iklim pula merujuk kepada purata jangka masa panjang pada tempat yang besar seperti kontinen (benua) atau bumi.

No comments:

Post a Comment