Wednesday 16 May 2012

Kali ni mari kita berkongsi maklumat pasal 10 haiwan yang paling beracun di dunia.



Puffer Fish

 
 

Puffer Fish biasanya dijumpai di Jepun dan Korea. Ia merupakan salah satu makanan kegemaran di kedua-dua negara tersebut.Kulit dan organ Puffer Fish ni sangat beracun. Sesiapa yang terkena racun ni akan mati dalam masa 24 jam.Tidak ada penawar bagi racun tersebut


Poison Dart Frog


 
Poison Dart Frog adalah salah satu haiwan yang tinggal di Hutan Hujan di South America.Racun katak ini boleh membunuh 10 orang dewasa dan 20,000 ekor tikus.


Inland Taipan



 
Inland Taipan ialah ular yang paling berbisa didunia. Gigitan ular ini mampu menumbangkan 100 orang dewasa dan 250,000 ekor tikus. Racun ular ini dikatakan jauh lebih kuat daripada ular tedung.
nya dalam masa 45 minit oleh racun ular ini.


The Brazilian Wondering Spider



Brazilian Wondering Spider muncul dalam Guiness Book of World Recods 2007 sebagai labah-labah paling berbisa dan penyebab utama kematian manusia pada masa itu. Haiwan ini sangat berbahaya kerana haiwan ini berkeliaran. Haiwan ni juga dikatakan sering bersembunyi pada waktu pagi di dalam rumah,pakaian,but dan kereta.


 Stonefish


 
Stonefish ialah sejenis ikan yang paling berbisa didunia. Racun Stonefish ini boleh menyebabkan kesakitan yang teruk,kelumpuhan dan anggota badan perlu dipotong sekiranya terkena racun ini bagi mengelakkan racun itu daripada merebak.



Death Stalker Scorpion


 
Death Stalker Scorpion mempunyai racun yang sangat kuat sehingga menyebabkan kesakitan yang teramat,demam,koma,sawan,lumpuh dan kematian. Haiwan ini dijumpai di Afrika Utara dan Timur Tengah.



Blue-Ringed Octopus


 
Blue-Ringed Octopus sangat kecil dengan saiznya yang hanya sebesar bola golf,tetapi racunnya adalah sangat kuat sehingga mampu membunuh 26 orang dewasa dalam masa beberapa minit. Gigitannya mungkin tidak berapa merbahaya dan sakit,tetapi ia boleh menyebabkan otot kejang,nafas terhenti dan akhirnya membawa kepada kematian. Haiwan ini boleh ditemui di Kolam Air Pasang di Lautan Pasifik dari Jepun ke Australia.


Marbled Cone Snail


 
Marbled Cone Snail ni sedap dipandang kerana bentuknya yang cantik. Tapi,jangan tertipu dengan bentuknya yang cantik itu. Disebalik bentuknya yang cantik itu, haiwan ini mempunyai racun yang sangat berbisa yang mampu membunuh lebih daripada 20 manusia. Racunnya berbentuk air garam. Kesan racun ini boleh menyebabkan bengkak-bengkak,kekejangan otot dan seterusnya membawa kepada kematian.




King Cobra


 
King Cobra merupakan ular berbisa yang terpanjang didunia. Gigitan ular ini mampu membunuh seekor gajah Asia dalam masa 3 jam,apatah lagi manusia.


Box Jellyfish


 
Haiwan paling berbisa didunia ialah Box Jellyfish. Haiwan ini mencatatkan rekod dengan kematian sebanyak 5667 orang sejak tahun 1954. Racunnya sangat berbisa sehingga mampu menyebabkan kesakitan yang teramat sangat,sakit jantung dan akhirnya mati.

No comments:

Post a Comment