Wednesday 16 May 2012

HuJAn AsiD


HUJAN ASID


Hujan asid boleh disebabkan oleh banyak punca antaranya ialah pencemaran udara.(antaranya sulfur dioksida dan nitrogen dioksida).Gas-gas ini teroksida apabila bertindak balas dengan karbon dioksida

Air hujan menyerap semua partikel dan gas apabila ia jatuh ke dalam udara,jika udara tecemar air hujan juga akan tercemar.Inilah yang dinamakan hujan asid.Hujan asid bertindak sebagai asid lemah,tetapi jika terlalu banyak tanaman akan menjadi bantut kerana asid lemah bersifat menghakis.Ini terbukti melalui cat-cat bahan binaan yang semakin pudar.

Hujan asid berbahaya kepada organisme hidup yang meliputi tumbuhan,haiwan serta manusia.Malahan daun yang terkena hujan asid tidak boleh menghasilkan oksigen atau menyerap karbon dioksida bagi proses fotosintesis.Kesannya hutan yang menghijau akan semakin rosak serta kesuburan tanih akan terjejas teruk.Untuk jangka masa panjang jika kesuburan tanih terjejas akan turut menjejaskan industri serta bekalan makanan dunia…emmm bahayakan..Malahan rantaian air juga akan terjejas kerana hujan asid akan memasuki sungai serta mencemarkan bekalan air.

Jadi sebab itulah kita senantiasa perlu bersedia mengahadapi waktu hujan sama ada menggunakan payung atau baju hujan.Elak terkena hujan kerana jika hujan asid buruk padahnyaPencemaran perlu dikuarangkan serat dielakkan.Bahan bakar untuk industri perlu dicari alternative.Tidak ada cara lain selain mengurangkan pencemaran asap yang berleluasa. Bahan bakar fosil perlu ditukar kepada bahan menjana industri yang lebih bersih Bagi individu seperti kita,langkah berkongsi kereta serta mengangkutan awam yang bersih seperti ERT mungkin boleh membantu

No comments:

Post a Comment